as salam
dah bergelar ibu dah saya...IBU..satu lagi tanggungjawab yang harus liza kendong setelah kelahiran permata hati HANAN ERLEYNA..kisah bersalin yang tidak dijangkakan..
Hanan due date adalah 17 Jun tapi terawal pulak..13 June 2014.
Kisah Khamis 12 Jun 2014
plan untuk ambil MC dan terus bercuti sampai bersalin..so ada appointment di GMC (Gombak Medical Centre). seperti biasa soalan2 follow up checkup ialah..keadaan ibu dan baby, pergerakan baby cukup ker tak.dah ada rasa sakit2 belum..than scan..so Dr Hamizah (dr yang sambut Hanan) cakap i ni maybe akan overdue to 4 0r 42 weeks, sebab perut masih tinggi baby belum fully engaged lagi, selesai scan dr tanya baby nya pergerakan ok ker tak, liza pon cakap macam dah kurang sebab travel balik BP (batu pahat) week before..so Dr Hamizah plan buat CTG untuk cek jantung baby and contraction lah..contraction ada sikit jaa tak besar lagi contraction so belum nak bersalin lagi lah..TAPI Dr request nak buat VE..then i accept lah..sebab this my first time kan...HAAA tuptup Dr cakap dah 3cm buka..laaa tak der sakit2 pon macam mana dah 3 cm..Dr hamizah suh my hubby bawak gi keliling shopping dulu, jalan itik dulu dah rasa contraction datang balik...hihi..
kitaorang pon balik rumah makan2 then petang hubby ajak pi shopping mall KL festival aktiviti naik tangga turun tangga pon berlangsung, perghh seorang perempuan buncit kan anak 39 weeks 2 days didera oleh suaminya naik tangga turun tangga..PENAT siot..MENGAH2..pusing cari2 apa yg patut untuk completekan barang baby..singgah dulu makan sate kajang, almaklumlah nak pantang 40 hari kan..
![]() |
makan sate kajang sebelum bersalin oiiii... |
balik rumah hubby suh sambung exercise jalan itik, tu dia memang terkangkang lah mak buyung oiii...
tido sebab penat sangat dan dah sakit2 pinggang..
Kisah Jumaat 13 Jun 2014
bagun solat subuh dah rasa mild contraction (contraction manja2 selang 10 min), so cakap kat husband dah ada contaction, so kul 11 nnti kita gi GMC yaa..sebelum tu kemas2 bilik sapu2 dan mop2, sebelum kehadiran si kenit.
sampai di hospital Dr hamizah buat CTG, result CTG tak nampak lah contraction sangat tapi bukaan dah 5cm, Dr dah tak kasi balik dah kena duduk dekat wad, tapi saya dan suami request untuk balik makan tengah hari sebab abah dah masak dan nak ambil barang sikit2..kul 2 baru masuk wad balik..
![]() |
muka masuk wad 5cm bukaan.. |
bermulalah jam 3 petang contraction yang sangat kuat..ibarat kucing nak beranak, segala2nya adalah serba tidak kena..hubby lah yang pengsan..sekejap suruh urut, sekjap jangan usik..macam2 gaya..merangkak menonggeng lah..Ya Allah hanya tuhan sahaja yang tahu sakitnya contraction tu...tepat jam 5 pm air ketuban dah pecah..
![]() |
peace muka senyum selepas strong contraction..HUHU |
Dr buat VE tgk dah 9cm so tolak gi labor room lah apa lagi...lagi satu cabaran di dalam Labor room..tak reti dan bergaya dengan cool semasa meneran..aduhai cam ner gaya lah meneran sembelit yaaa..aduhai..pening nk teran tau..dengan baby masih kat atas tak turun sepenuhnya so extra work meneran lah kena..aku harus keluarkan baby ni sebelum maghrib..so kena teran kuat..nak teran nak pegang kaki, nak tarik pulak..aduhai cam mana gaya ni..last2 Dr suh pakai tiang letak kiri dan kanan tuk tarik dan meneran..perghh memng gilerlah dua kali teran kepala hanan terlekat dan teran lagi..BULB..BULB..BULB..wah keluarlah HANAN..Alhamdulillah tepat 6.35PM lahirlah Hanan Erleyna Puteri kenit kami..sepetnya mata...she so adorable..
![]() |
HANAN ERLEYNA |
p/s: Ya Allah, aku bersyukur dengan kurniaan yang telah Kau berikan kepada ku, aku akan jaga amanah yang kau berikan ini dengan jalan yang Kau redhai..jadikanlah zuriat ku Hanan Erleyna ialah zuriat yang boleh membawa aku ke syurga MU Ya Allah..Amin Ya Rab..
No comments:
Post a Comment