Wednesday, August 21, 2013

First time consultation TTC

untuk pertama kalinya lah aku mengambil keputusan ke klinik pakar sakit puan untuk mendapatkan kepastian dengan pasti masaalah sebenarnya aku tidak conceive lagi...so aku dah decide nak gi klinik medina di taman melati..dan yang penting ialah Dr pompuan yaa..Dr Masita, sangat friendly, baik peramah dan sangat suka lah nak berkongsi dengan dia,

masa first time tu mcm nak walk in ja lah..tapi tak boleh sebab ramai orang so kena buat appoinment lain hari..so aku buat appoinment hari jumaat mlm kul 9, masa tu CD 16...masa gi hari isnin tue dia bgi botol untuk hubby keluarkan simen dia..(keluarkan sendiri tanpa bantuan i, sampai hati tak ajak kan).

hari jumaat kami datang, bagi siemen dia, tunggu jap ada 4 org in waiting list kami pown gi makn kue teow goreng kat depan  kedai mamak yang berdekatan dengan klinik medina tu..Kue teow dia is terbaiklah..sedap gilerr.Rm4 ja tau..tengah2 makn diorg call sebab dah tinggal sorang..ok lah habiskan makanan n air terus gi klinik balik..n terus jumpa dr..first time jumpa Dr mashita tu cair kot, muka sangat keibuan, friendly dan memng best lah.. Alhamdulillah dia bagi tau ujian simen husband sangat bagus, untuk lelaki sperm count min ialah 25milion n my husband punya ialah 40 million, masyaAllah, sangatlah bagus but 50% ialah low kualiti (sebab husband ialah perokok, sob sob sob) . tapi tak pa ada 30% yang sangat aktif, so tiada masaalah.

tiba lah i untuk di scan..TVS (Transvaginal scan)..nka tengok keadaan rahim kita..so first dia tengok ketebalan dinding rahin, normally dinding rahim untuk persediaan mengandung ilah >8mm so this time kat CD16 i ialah 7.6mm sikit lagi, carik2 telor pulak, ehh jumpa di ovari kiri bulan cantik ja telur tu means that i tak ovulate lagi..saiz telor ialah 18mm min tapi i punya 17.3mm lagi sikit untuk matang...so Dr suggest i pergi cek pada CD19 lagi sekali untuk cek ovulation day..

i punya cycle around 17,18, 19 tu ovulate..sebab dr nak cek jika samaada ovulation berlaku atau tidak, sebab ada pesakit yg telur dia tak keluar dan kena bantuan pulak utnuk kelurka telur..

Dr suggest kitaorg ambil makanan tambahan seperti olive oil, cuka delima, madu..untuk kesihatan dalaman kami..habis consult salam2 nak balik, dr pown baca doa. best kan, dr pesan untuk buat solat hajat dan tahajud juga mintak doa daripada Allah sebab semuanya ni datang daripada Dia kan..

masalah untuk bayar. cling.cling.cling. RM 310 treatment dan RM 95 untuk olive oil dan cuka delima. zasss! kad kredit menjadi sasaran..


" Ya Allah kau kurniakan lah aku zuriat yang soleh dan solehah, aku rdha kerana hanya engkau sahaja yang maha mengetahui"

Tuesday, August 20, 2013

Sepanjang 9 month ber TTC...

Assalammualaikum...

Journey ber TTC..

1st month married :

- sehari selepas kahwin i was cik P datang..so tak der lah apa yang berlaku..selama seminggu..n kitaorg ni jauh n susah nak plan waktu bersama..so untuk bulan pertama tak der lah sungguh untuk menimang cahaya mata..

2nd month married :
- hati mula berkata-kata..kenapa aku tak mengandung lagi yerr...mula risau..tapi tak teruk sangat..so rileks2 lagi..acid Folik since sebelum kawin lagi dah amik...bersantai2 lagilah kan..

3rd month married :
- ohww cik P datang kembalik..whatsapp yoo kenapa ko datang yaa...ehmm bila cik P ni datang means tak mengandung lah kan..aduiyaii..mula mengelabah dah..amik ko laki bini menggelabah..
masa bulan ke 3 ni ada pi mengurut refleksologi kat TOK WAN kat kulim kedah..dua kali jugak lah i pi sana..first pergi tu dia cakap rahim i tinggi n my husband ada masaalah sikit n i ada masallah digestion yang tak betul..so dia bgi i makan la herba2 yang mcm2..so what to do...i makan n ikot jaa lah..tapi tokwan cakap kena betulkan digestion problem tu dulu baru boleh makan n hadaman betul..ok so kena datnag kali ke 2..untuk makan herba yang di blend oleh TOK WAN..TOK WAN ni pakar refleksology..dia gentel2 jer jari2 kaki korang..haa nak tahu sakit ker tak..rasa nak kencing ko dia dok gentel jari kaki tu..ok perot dah sedapa sikit..dia pesan jagn minum ais.. 3bulan jer aku gigih pantang...lepas 3 bulan i bantai jer ais..nyamannn....

4th month married :
-aku dah kata tak payah la kuar..tue dia..dia kuar jugak..nak wat cam mana Allah masih mahu menguji ketabahan hati aku n hubby...kami pown iktiar pulak dengan shaklee...untuk i and hubby..apa Vit cintan cintun katanya...so bermulalah episode bershaklee...

5th month -9 month married:
-bershaklee lah kami, sepanjang 5 bln ni lah kami consume shaklee,

10 month
- we all start bertreatment dengan Dr mashita dari Klinik Medina,

ni lah sepanjang 10 bln kami kawin dan ber TTC..mcm2 kami rasa setiap bulan menunggu period datang tiba..