Wednesday, June 20, 2012

The Most..

As Salam

Heheh..saja jer untuk menambah pengetahuan...

1-Ten Of The Most Beautiful Places Of The World!-

2-The 10 Most Beautiful Women In The World, According To People Magazine

3-top10 Most Luxurious Airlines in the World

4-Top 10 most expensive cars in the world

5.Top 10 Most Expensive Homes in the World
http://www.toptenz.net/top-10-most-expensive-homes-in-the-world.php#ixzz1yIgU5niE

Mencari Rezeki di Redhai Allah s.w.t


As Salam
Sedang mencari rezeki yg diredhai Allah dan Diberkati Nya...Insyaallah...
amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Di antaranya:
01.Menyempatkan diri beribadah
Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]
02.Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]
03.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]
04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.
Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]
05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]
06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]
07.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]
08.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.
09.Banyakkan berbuat kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalinkan silaturrahim
Nabi S.A.W. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]
14.Melazimi solat malam (tahajjud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]
16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]
Firman-Nya lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.
Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]
Nabi S.A.W. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]
Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

Dopetik daripada..http://www.iluvislam.com
Terima Kasih

Thursday, June 14, 2012

10 Formula Bangun Awal Sebelum Subuh

As Salam,

Owhh sangat liatnya mau bangun pagi subuh kan,, sangat nyenyak yerkk tido waktu2 mcm nie, so kawan saya Halawa share info and tip2 bangun awal. Murah rezeki bangun awal subuh nie tau...

info telah dirembat di blog ini...http://langitilahi.com/8933



Berpagi-pagian di awal pagi merupakan amalan salafusoleh dan orang-orang mukmin sejak zaman berzaman. Malah, terdapat suatu rahsia serta kekuatan yang luar biasa bagi mereka-mereka yang membiasakan diri bangun awal di pagi hari.
Mereka adalah insan-insan yang terpilih yang bangun awal sebelum Subuh dan mereka melaksanakan solat Subuh setiap hari ikhlas kerana Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“ Dan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat.”
(Surah al-Isra 17 : 78)
Namun, selalunya apa yang berlaku dalam realiti kita ialah – ia adalah suatu yang sangat-sangat sukar untuk bangun awal sebelum Subuh. Selimut yang seringan kapas itu terasa bebanannya seperti batu konkrit. Dan, ramai di kalangan kita terlepas kewajipan asasi di awal pagi iaitu solat Subuh kerana susah untuk bangun daripada tidur yang nyenyak.
Kali ini, saya kongsikan tips bagaimana untuk bangun awal sebelum Subuh. Tips ini bukanlah sekadar untuk dihebah-hebahkan atau diwar-warkan semata-mata, tetapi untuk digerakan, diamalkan dan dilaksanakan oleh kita semua.
  1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
  2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
  3. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  4. Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
  5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  6. Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
  7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
  8. Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
  9. Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
  10. Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.
Justeru, bilakah kita akan mulakan tips ini?
Saranan saya, kita lakukan segera tanpa bertangguh. Esok pagi, adalah pagi yang terbaik untuk kita. Kerana apa? Kita mampu bangun awal sebelum Subuh, bersiap siaga untuk solat Subuh berjemaah, menghiasinya dengan bacaan Al-Quran, berdoa, berzikir dan terus berfikir untuk masa hadapan kita di akhirat.


Tuesday, June 12, 2012

"Door GIFT"

As Salam

Tengah mencarik2 barang yg boleh dibuat doof gift untuk tetamu sekalian alam!..


Friday, June 8, 2012

"MUKA BURUK"

As Salam,

Jumaat yg mulia lagi nan indah...
org berkerja hari jumaat ialah hari yg paling diorang tunggu walaupun hari tue baru lepas punch card masuk kerja hari isnin....Hari Isnin ialah hari yg horror (kalau boleh tak nak jumpa isnin)..hari jumaat (hari yg ditunggu2) hai manusia2...

DAN bagi I merangkap student dan pekerja dan sedang menduduki FINAL EXAM, hari jumaat ialah hari yg tidak ditunggu kerana SABTU ialah Esok Ada exam " owhh tolong banyak lagi yg saya tak baca please help me bebeh"

ok merapu dah, kembali kepada tajuk..MUKA BURUK!..
saya memang suke buat muka buruk sampai, dah la muka buruk ko buat muka buruk double buruk okey!..
En Tunang selalu marahkan I bila i buat muka buruk yg amat, tapi i pembuat muka buruk yg tegar..Sampai naik tebal telinga dengar dia membebel selalu and ayat yg dia selalu keluarkan ialah..

"TAK PERNAH ADA KAWAN POMPUAN YANG SUKA BUAT PERANGAI MUKA BURUK MACAM NIE TAU. please jgn wat cam tue lagi"

hanya gelak and diam jerk laa dah habit nak wat cam mana kan..hahah...padahal dia selalu jerk buat muka buruk, funny gaks la, dia boleh buat, tapi org pompuan tak boleh...geleng kepala ja lah yerk

Kitaorang nie satu diutara, satu diselatan so SKYPE menjadi hubungan, so bila kesengalan melanda MUKA buruk akan terhasil contoh yerk,,and kadang2 spontaneous jerk menda tue berlaku..so meh i attach gambar  MUKA BURUK abad ini...................................................

Muka Buruk 1
En tunang yg memang tak suka org buat muka buruk

Muka Buruk 2
Dua2 pown buruk..

dan


MUKA BURUK ABAD INI...
*yee gigi saya memng tak rata so wahat!!.
saya ada gigi depan yg BESAR..gigit baru tau..
(kalau en tunang nampak, sumpah pengsan)

dan

correction

muka ayu mintak penampar


Manisnyaa senyuman mu..
we r getting married EOY..
please pray for US k..


P/S...jangan buat muka buruk dikhalayak org yer..depan org yg anda kenal tak pa...hahahha
mode= Bosan + berkecamuk.= STRESS

Thursday, June 7, 2012

"im in BLUE"

As salam

Bila kesengalan menjelang waktu exam melanda..

Tadaaaa----------------------->



inilah hasilnya----------------->
;





Monday, June 4, 2012

Singnificant Finding ~SF

As Salam

apa tue SF?

SF ni produk kecantikan dari Kelantan..i tengah guna produk nie skung, dan saya merasakan produk ni boleh dikatakan bagus sangat lah setelah saya menggunakan untuk 2 minggu ini, sangat2 puas hati okey..

saya suka sebab saya ialah orang yg sangat tak percya dengan produk tempatan, kerana saya ialahs seorang chemist yg ala2 kan la, saya takut muka saya mengelupas, dan merah macm udang terbakar, saya sanagt takut muuka jadik macm tue, biarlah muka ku rentong hitam janji asli ok..dan mejadi pengguna setia olay total effect..rewiew olay ialah okey2 ajer laa,,,heheh

dan kebelakangna nie mula berpiki macm mana nak cantikkan kulit muka ku yg tak berapa nak cantik sangat ni la kan, sebab nak menaiki pelamin, nak la org tengok kita cantik and flawless gitu2..baru la sepadan gn cik abg yg sedia ada putih gitu..

SF nie diperkenalkan oleh kawan kepada husmet ku Kila, suraya dia ni pandai makeupkan org so dia bawak2 la produk dia n nak hantar naturactor yg dikirim oleh ku..sangat suka naturactor ni gaks...baru try SFnie, produk nie ada sabun, krim malam, krim siang, so mula cuci2 muka, ehmm best rasa licin walaupun muka berbenjol2 dek black head..lepas tue keringkan, masa akeringkan tue rasa muka cam kering n tegang jerk..applied la pulak krim malam (putih)..ok jerk mula2..dan krim siang pakai masa waktu siangla kan2 untuk uv protektor..hehe

lepas 3 hari tue dah mula la rasa effect dia, mcm merenyam2 muka bila siang, and bila berpeluh rasa cam gatal laks mcm ak selesa la,, ,.mula rasa takut gak masa gatal2 tue...terus rasa macm nak berenti jerk..tapi lepas cuci muka rasa ok jerk..so teruskan jerk laa..sebab macm dah ok..lepas tue muka mula pengelupasan yg sangat light jer...tak rasa pedih pown..pengelupasan tue dalam 4 hari jerk kot..lepas tue dah hilang dah..and keep pakai sampai skung dan 2 minggu gaks laa...liang roma pown rasa dah mengecil jerk...dah black head pown berkurang dah...

dating last week en tunang cakap, "awak nampak cantik hari ni" berbunga2 hati ku..terus tengok cermin samapi tak mo lepas dari cermin gitu..kembang kempis hidung ku...heheh..


nie lah SF...

b4 pakai...

selepas pakai

P/s: untuk investment dalam alam perkahwinan

telekong cantik!

salam

owhh berpuas hati dengan telekong hantaran. nie..hati berbunga2 dengan berbunga2 nyer telekong saya itu..hehhe...harga pown not bad,,thanks to klina belikan telekong idaman hati..dia beli kat bandung sangat cantik and selesa la..nak mengadap Allah kenalah cantik2 kan..jgn nak dating jerk cantik...hehe..

japanese cotton telekong-Bandung

warna offwhite memng kesukaan hati saya..sangat la berpuas hati..so hapir complte barang hantaran saya untuk hantaran perkahwinan saya..

bulan julai nie nak pi langkawi nak carik parfume pulaks...tak saba2 mau bercuti dengan kawan2..sangat lah gumbira...

P/s: saya rindu sahabat saya..Tini, Huda, Azi & Naem "bilalah nak keluar hang sama2 yerk"

hati resah gelisah sebab esok exam..huhuhuu