Tuesday, May 29, 2012

hati berbunga!

another surprise from him!! tq En Tunang

P/s ; walaupun hati gundah gulana dan berperang mau exam..

Tuesday, May 22, 2012

Adakah lelaki cepat berubah hati.....


bila ditanya soalan ini kepada MEI dan inilah jawapan dia...

maybe pompuan len tu dapat memikat dan mempunyai kelebihan
 that y lelaki kalo da kawen kena jaga dia baik2
dia mungkin x dapat seperti di atas
 makan pakai,perasaan,ambil berat,sayang
bila dia ada sume tu baru la dia rasa lengkap dan dia puas hati
bila dia ada suma ni...dia juga akan turut buat menda yg sama kat wife dia
ehmm
yg penting hubungan
adakah si isteri dapat menyenangkan dia
menurut kajian
lelaki yg mempunya masalah hubungan komunikasi punca besar
 bila komunikasi terganggu dia x akan mencari len'
kalo isteri x bercakap dgn suami,suami akan stress
kalo laki x bercakap ngn isteri, isteri boleh jadi x keruan(gila sementara)

~ bersedikah aku ~

Bagaimana nak jadi isteri solehah?

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah serta jadikanlah aku isteri yang solehah"


creadit to kakak cantik

Monday, May 21, 2012

DIY 1

As Salam _

First DIY yg telah dibuat adalah bunga tissu untuk bunga pahar..

mendapat idea untuk buat bunga tissue ini ialah daripada majalah IP (insperasi perkahwinan) pas tue macam suke giler la,,i kan suker menda2 yg cute kan..pas tue per lagi hunted dalam Google la per lagi..sampai juling biji mata i semua link and page yg ada kaitan gan bunga tissu i hunted, rupa2nya sangat lah banyak yg i boleh buat dengan bunga tissue nie,,perghh geram,..pas tue tengok la cara2 untuk buat an material tissue dia macam mana..seminggu lebih gaks la i pi carik and berdiskus gn jiran bilik sebelah i Pn ADlina, dialah yg banyak bagi idea kat i macm mana nak buat bunga tissue nie..dia siap tengok U-tube and belajar nak buat, sangat la bersungguh kan..hehehe..

dah setelah puas mencarik tisu yg boleh di buat bunga dan mengikut cite rsa warna  liza la kan di seluruh pelosok google and daerah sepang dan nilai..i jumpa la tisu napkin kat GIANT, sangat la gumbira okey..hahaha,,terus xcited nak buat, sampai lupa diri yg berlambak assignment and test..tolong2 i nak pengsan okey!...nie ada sample picture bunga tisu i okey..


Bunga tisu kuning and merah


bunga tisu hijau

buat bunga tisu nie sangat la senang dan tak leceh cuma susah sket nak simpan sebab dia lembut seperti lembutnya hati ku..hahahah...

budget pown tak der lah mahal sangat untuk mendapatkan bunga tisu yg gebu ini..hahah..segebu kulit MEI...hehe--

p/s; sempat ker i nak buat 400pcs..
nan

OUR BIG DAY-check list

A. DATE
            Nikah : 20 OCT 2012
            Sanding : 20 OCT 2012
            Tandang : 16 DISEMBER 2012


B. PLACE           Nikah : Rumah POST 63 PT DAUN
           Sanding : 
Rumah  POST 63 PT DAUN 
          Tandang : 
Dewan Beringin SRI GOMBAK

C. Kursus kahwinPresint 9, PUTRAJAYA-RM80/ head 30/6-1/7


D. Documents to be submit to Pejabat Agama : 

                HUBBY: NOT DONE
                HONEY: NOT DONE

E. LIST BARANG2 HANTARAN:-
             

                HIASAN HANTRAN:  DONE & need to touch up


              HUBBY ---> HONEY
    1. Gelang/rantai & mass kahwin -- NOT DONE
    2.  Hantaran (Cek) --  NOT DONE 
    3. Al- Quran & Telekong -- DONE
    4. Perfume & make up --   NOT DONE
    5. Kasut -- DONE=
    6. Handbag --  DONE
    7. Baju --  DONE
    8. Kek --   NOT DONE
    9. Buah  --   NOT DONE
              HONEY ----> HUBBY
    1. Cincin --   DONE 
    2. Al-Quran -- DONE 
    3. Shirt & pants --  DONE 
    4.  Pen Parker, Tie & belt --  DONE 
    5. Shoes --  DONE 
    6. Jubah Solat/Baju Melayu-- NOT DONE
    7.  Perfume-- NOT DONE
    8. Beg Laptop (bag pack)--- NOT DONE 
    9.  Cokelate---NOT DONE
    10.  Kek-- NOT DONE 
    11. buah -- NOT DONE
F. Kad jemputan :  
                Me :--- NOT DONE by JULY-design sendiri oleh adik yg hensem
             MEI:--- NOT DONE -kena diskus with FIL

G. Tok kadi :
  NOT DONE by JULY setelah selesai kursus kawin

H. Nikah & Sanding :
         

             Make up nikah and sanding: DONE ! dh bayar deposit....Azidia Bridal
            Outfit nikah: ---- MEI : DONE ..  Me :  DONE ...tempah.k linda 
            outfit Sanding---DONE ..Azidia Bridal.
            Pelamin: ----DONE ..Azidia Bridal.
            meja makan;----DONE ...Azidia Bridal.
            Bilik pengantin----:DONE ...Azidia Bridal.
            makan kenduri---DONE. ...diuruskan oleh ABAH n EMAK....
            Outfit for family :  DONE. ...diuruskan oleh Luvly sista yg baik hati


I. bertandang            outfit----NOT DONE--akan diuruskan oleh MAK Mertuaku...
            pelamin---
NOT DONE--akan diuruskan oleh MAK Mertuaku...

            katering ---- DONE
            Door Gift : --- NOT DONE--akan diuruskan oleh MAK Mertuaku... 
           Outfit for family :   NOT DONE--akan diuruskan oleh MAK Mertuaku...  


J. Bridesmaid :
         Sanding : 
DONETINI & kawan MEI

         Tandang : DONE    Tini & Kawan MEI


K.  FlowergirlDONE    my cute litle princes (Hana, Hani, Sarah n Haifa)


L. Fotographer :
'

              Nikah:---- DONE Amin Kunat
              Sanding:---DONE  Amin Kunat
              Tandang:---DONE  Amin Kunat
              Outdoor:---DONE  Amin Kunat 

M. Video:

               Nikah:---- DONE  Geng Lukih--diuruskan oleh MEI so kena update g
              Sanding:---DONE  Geng Lukih
              Tandang:---DONE  Geng Lukih
              Outdoor:---DONE  Geng Lukih


N. Lain2
Kek untuk majlis : --- NOT DONE 

Bunga pahar :  ---NOT DONE ---tapi semua barang dah sedia..DIY sendiri okey...

Door Gift : ---NOT DONE ---tapi semua barang dah sedia..DIY sendiri okey..
Bunga corsage;---NOT DONE ---tapi semua barang dah sedia..DIY sendiri okey=..
PA, kompang, Silat :  ---NOT DONE 
Penunjuk Jalan : ----
DONE 







P/s:--banyak yerr lagi tak siap..owhhh tak sabar mau habis exam..YA ALLAH berilah aku kekuatan..buat persiapan kawen mesti,,persiapan untuk menjadi ISTERI dah ker?..huhu



Saturday, May 19, 2012

REST

As salam..

akhirnya minggu yg sangat stress telah berlalu dan tinggal lagi seminggu before my master class TAMAT..
study leave and continue with EXAM for 3 weeks..HETIK..and waiting for result and graduate if everything goes smooth..tak sabar nak complete..

minggu yg sangat busy nie dapat dilalui dengan jayanya, Alhamdulilllah terimakasih Allah memberi kekuatan kepada hamba mu yg serba kekurangan ini, usaha sendiri dan dengan bantuan my luvly classmate yg sangat helpful dan for sure my LOVE-mohd erfy bin ismail for ur supporting me, motivate me, encourage me, an alot and my love mum, dad and siblings, yg memberi galakan yg tak terhingga,,..thanks alot...

owh nak update pasal kawin la..

ada masa nak buat post untuk kawen sebelum menjadi sangat2 la busy...



Thursday, May 17, 2012

"minggu yg SIBUK'

As salam selamat pagi semua!

Ya Allah tak menang tangan liza dibuat pada minggu hujung-hujung class nie, liza lah orang paling busy senantero dunia ( cehh mcm ko sorg jer ada kat dunia ni kan)..

Isnin= submit assigment
selasa=submit assigment lagi
rabu=submit assigment lagi
khamis=test + presentation
jumaat=presentation
sabtu=kelas + 2 presentation

isnin next week= submit assignment lagi
selasa= test
rabu=free
khamis=test
jumaat=may be free
sabtu=test

STUDY LEAVE= ikat bandena di kepala sambil selit pensil kat telinga mata pown jadi mata panda...

EXAM = cuti selama SEBULAN


naik cuti will be busy dengan persiapan kawin, nasib baik la ada family yang sangat membatu untuk persiapan majlis aku ini...owhh bersabarlah yerk...

Semalam Rabu gi konvo DIDI=my beloved sister yg bijak n nice...

macm biasa konvo, duduk luar sembang gn mak uda, tengok org lepas tue mengumpat dalam hati, org itu, org ini, org tua pakai baju tak macth dengan tudung, d\bedak org tue capuk2 la..macm2 la kan..aduhai..JAHAT kan hati ni...makuda bosan lalu berkata 'kaki i gatal kalau tak berjalan, jom kita gi GIANT, bawak ladia pi giant untuk hilangkan gatal kat kaki dia kan2.."ko memng la kan mak uda" tup2 jumpa 2 org pemain bola sepak kegilaan gadis okey, APEK & SAFI SALI...dengan muka tak malu kakak liza yg sorang tue, kitaorg pown snap picture..Tadaaa

siap peace \/ gitu...hahha puas hati

tetiba ramai crowd follow untuk amik gambar, mak uda ko lah punca tau...

okey sila sambung buat kerja okey, assingment yg menggunung...

p/s: bila i ada masa nanti i update DIY kawen and serba sedikit persiapan kawen saya...yg bertemakan 

SIMPLE+NICE+CHEAP+GRAND= SUKA HATI LIZA

wassalam

Tuesday, May 15, 2012

Blog Baru

As salam

blog ni di create adalah dasar suka hati liza la kan..nak buat apa pownn..haha..
saja nak tulis2 blog untuk perjalan hidup yg baru setelah masuk tahun baru 2012..haha..bulan 5 dah kot..tahun baru nampak sangat ko tak buata kerja ok..

nak kongsi perjalanan hidup yg baru, bersama-sama dengan insan yg tersayang,


motif gambar adalah suka hati yg menunjukakn kegembiraan create blog baru...

sekian

untuk hari ini